RSS

Santapan Rohani


BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.
Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)
Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu
tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

Operasi Tambah


Free addition worksheets for kids.
http://www.math-drills.com/addition.shtml

LATIH TUBI DARAB

Bagi mingisi masa lapang pada masa cuti, anda boleh muat turun latihan darab bagi memantapkan lagi penguasaan anda bagi tajuk bahagi. Muat turun bahan ini dan dapatkan bantuan dan tunjuk ajar daripada ibu bapa.. Selamat mencuba..http://www.maths-drills.com/

Segalanya o n l i n e


Sistem pendidikan pada hari ini terus berkembang selari dengan pembangunan  negara.Pelbagai aplikasi dibangunkan bagi melicin dan memantapkan lagi sistem pendidikan yang kita harungi pada hari ini. SPPBS LINUS NKRA, dan SAPS yang perlu diisi secara online.
Sememangnya aplikasi yang dibangunkan ini amat baik namun bagi sekolah-sekolah pedalaman yang kemudahan internet yang terhad, tentulah amat sukar sekali untuk mengakses ke sistem tersebut tepat pada masanya.
Insyallah akan ku gagahi jua untuk menyiapkan SPPBS online ini sebelum lebih banyak kerja-kerja yang tertangguh menimbun - nimbun... Ya Allah , engkau permudahkanlah urusan ku dan tenangkanlah hati dan jiwa hamba mu ini..

Pembelajaran Maya


Pada awalnya,agak sukar untuk saya menerima pembelajaran secara maya ini.Hal ini kerana saya bukanlah pelajar yang datang dari golongan sosial yang tinggi atau pelajar dari bandar iaitu mereka yang telah lama didedahkan dengan kemudahan ICT dan teknologi.Disebabkan itu,saya menganggap bahawa pembelajaran secara maya ini terlalu sukar dan tidak sesuai dengan diri saya.Namun begitu,saya perlu sedar bahawa pada zaman ini jika kita tidak mahu ke hadapan atau berusaha untuk memajukan diri seperti orang lain itu adalah perkara yang merugikan.Saya juga perlu sedar bahawa bidang yang saya ceburi  ini iaitu bidang pendidikan memerlukan saya menguasai banyak bidang terutama bidang ICT agar pada masa akan datang saya mampu menjadi seorang guru yang berkesan...

Salam Perkenalan...


Assalamualaikum...
Syukur kehadrat yang Maha Esa, Tuhan sekalian alam yang memberikan saya kelapangan untuk membina blog p&p bagi kegunaan semua. Sama ada guru mahupun murid-murid  yang cikgu kasihi. Semoga hasilnya nanti akan memberikan input yang berguna kepada semua.Terima Kasih.
Copyright 2009 sayang cikgu. All rights reserved.
Sponsored by: Website Templates | Premium Wordpress Themes | consumer products. Distributed by: blogger template.
Bloggerized by Miss Dothy