Segalanya o n l i n e


Sistem pendidikan pada hari ini terus berkembang selari dengan pembangunan  negara.Pelbagai aplikasi dibangunkan bagi melicin dan memantapkan lagi sistem pendidikan yang kita harungi pada hari ini. SPPBS LINUS NKRA, dan SAPS yang perlu diisi secara online.
Sememangnya aplikasi yang dibangunkan ini amat baik namun bagi sekolah-sekolah pedalaman yang kemudahan internet yang terhad, tentulah amat sukar sekali untuk mengakses ke sistem tersebut tepat pada masanya.
Insyallah akan ku gagahi jua untuk menyiapkan SPPBS online ini sebelum lebih banyak kerja-kerja yang tertangguh menimbun - nimbun... Ya Allah , engkau permudahkanlah urusan ku dan tenangkanlah hati dan jiwa hamba mu ini..

Pembelajaran Maya


Pada awalnya,agak sukar untuk saya menerima pembelajaran secara maya ini.Hal ini kerana saya bukanlah pelajar yang datang dari golongan sosial yang tinggi atau pelajar dari bandar iaitu mereka yang telah lama didedahkan dengan kemudahan ICT dan teknologi.Disebabkan itu,saya menganggap bahawa pembelajaran secara maya ini terlalu sukar dan tidak sesuai dengan diri saya.Namun begitu,saya perlu sedar bahawa pada zaman ini jika kita tidak mahu ke hadapan atau berusaha untuk memajukan diri seperti orang lain itu adalah perkara yang merugikan.Saya juga perlu sedar bahawa bidang yang saya ceburi  ini iaitu bidang pendidikan memerlukan saya menguasai banyak bidang terutama bidang ICT agar pada masa akan datang saya mampu menjadi seorang guru yang berkesan...
Copyright 2009 sayang cikgu. All rights reserved.
Sponsored by: Website Templates | Premium Wordpress Themes | consumer products. Distributed by: blogger template.
Bloggerized by Miss Dothy